Monday, 3 June 2013

Tersimpul senyuman di bibir ini merasa nikmat apa itu cinta
hadirnya ia untuk menghiasi kesunyian di dada
merawat luka lama
memadam kisah duka yang sudah lama menjadi racun hatiku
ingatlah wahai perampas hati ku 
jarak bukan pemisah cinta kita 
terima kasih cinta

di kiri kanan ku kini
berdiri teguh insan bergelar sahabat
menjadi benteng menghilang sebarang kesunyian
hilai tawa mereka menjadi hiburan di kala aku kesepian
terima kasih teman

Namun 
tak semua kisah indah di hujani kebahagian
aku juga di duga olehNya
ada yang datang
ada yang pergi
ini lumrah kehidupan 
namun aku redha. 
aku percaya ini adalah ujian bagiku sebagai umatNya.
semoga 2013 ini
dapat aku lebih memahami erti kehidupan
kisah dulu ku biarkan ia pergi
yang telah mengajar aku untuk jatuh bangun kembali 
cerita-cerita itu akan menjadi ingatan tulus sehingga mati 
let's me take a deep breath.
slowly let the fresh air flows inside my body
plug in my earphone
lets the songs fill my soul
ignore the world

sigh.

yes i'm so tired. 
with all the drama out there

please! tell me the truth.
let's your heart spread out
all the pain and comes get your happiness



Please.
stop telling me the lies.
merdeka!

Tahniah Malaysia sudah 55 Tahun kita mencapai kemerdekaan,


Cuma,

aku masih tidak puas hati dengan segelintir manusia yang tidak merdeka
tidak merdeka pemikiran kolotnya
kotak pemikiran masih di takuk lama,
buanglah sebelum ia bertukar menjadi racun kepada diri sendiri

kasihan aku melihat mereka
ada yang terbongkok, ada yang mendabik dada
nak tunjuk siapa hebat
padahal engkau hanya bayang-bayang

jangan menjilat tanah di tempat sendiri
tanah ini milik kita
jangan kita menumpang di tanah sendiri
akibat dari sikap 'prihatin' kita.
Engkau siapa?
aku siapa?
tak perlu nak buka dada
engkau tak sebesar mana

kenapa perlu ramai?
kenapa tidak engkau seorang?
takutkah? 
atau engkau memang seorang pengecut?

kuasa yang ada pada engkau x sekuat mana
ada yang lagi kuat dari engkau
engkau terlalu mendabik dada dengan kekuatan sementara kau itu
sedarlah wahai manusia berhidung tinggi

kecewa aku 
malu aku
engkau dan aku tiada beza
kita sebangsa

dahulunya kita gah
kenapa sekarang mesti mahu berpecah?
masing-masing mahu menunjuk kekuatan?
kekuatan apa? 
atau semata-mata mahu memenuhi kemahuan?

jangan tamak manusia
jangan tamak!
tiada harta yang engkau boleh bawa ke kubur
semua itu hanya ihsan daripada-Nya

bersyukurlah 
engkau sepatutnya membantu
bukannya menghumbankan batu 
ke kepala kami

sementara masih ada waktu
sementara engkau masih bisa melihat dunia
gunakanlah kekuasaan dan kekuatan sementaramu
untuk kepentingan anak bangsamu,
kita selalu bermimpikan semua yang indah
tapi kenyataanya hanya kemusnahan
kita sentiasa mengharapkan kegembiraan
kesedihan juga yang menjadi habuan

ini rupanya kehidupan
serba tidak kena
yang di bawah sentiasa di tindas
yang di atas sentiasa menindas

manusia
kenapa tidak pernah kenal erti kepuasan
tidak reti untuk bersyukur
masih tamak dengan semua

celaka kan
yang kaya akan terus kaya
yang miskin akan makin miskin
kenapa?

bersuaralah sekuat mana pun
menjerit la sederas mana sekalipun
jika engkau hanya akar
tidak ada telinga yang nak mendengar di pucuk sana

mereka ini tidak sedar
bukan mereka yang paling di atas
ada yang sedang menilai
samaada syurga atau neraka untuk mereka
kenapa mesti begitu?
tak malu kah kita?
kenapa mesti sesama kita?
kenapa tidak boleh duduk bersama?

bergelak ketawa
bukan itu yang lagi indah?
kenapa mahu bermusuhan?
kenapa perlu mengaibkan sesama sendiri?

engkau bukan seperti kami
kami hanya akar
berada di bawah untuk mengukuhkan kamu
kenapa perlu menindas kami?

kami tidak akan bersuara jika semuanya benar
takkan pula kami nak bersuara jika semuanya dusta?
kita ada akal fikiran
gunakanlah sebaik-baiknya

jika kita berada di atas
jangan kita terlalu megah
kita kena ingat
bahawa siapalah kita jika bukan mereka yang di bawah

belajarlah untuk duduk semeja
belajarlah untuk menerima
janganlah lupa amanah Nya
kerana ia akan di kira di sana.

aku tidak mahu menjadi penumpang di bumi sendiri
tanah ini milik kita
kita yang menumpangkan mereka
janganlah sampai tergadai di tanah sendiri
kalau kita ada kelebihan
tak perlu lah kita mendabik dada
kalau kita ada kekuatan
tak kan semestinya semua akan kalah dengan kita
kalau kita kaya
percayalah tak semua benda kita akan mampu beli
kalau rasa kita bagus
akan ada yang lagi bagus dari kita

dan
tak perlu nak bongkak dengan kelebihan,kekuatan,dan kekayaan orang lain,
sebab itu semua bukan hak kita
kita hanya menumpang atas dasar kemanusian
kau dan dia ada pertalian
tak semestinya hak dia hak engkau
kau harus sedar bahawa kau hanya menumpang

sedarlah manusia
jangan bongkak dengan kelebihan orang lain
jangan bangga dengan kekuatan orang lain
jangan megah dengan kekayaan orang lain
semua itu bukan milik engkau

aku..
sedih,pilu dan sayu
mendengar suara-suara ketidakpuas hati sekalian manusia
melemparkan cacian dan makian dibelakangmu
aku tidak mampu untuk menghalang
kerana apa yang di lontar
memang patut di sambut dengan rela

bukan tidak pernah aku membalingnya semula
tapi untuk apa?
perlu aku bantu orang yang tak sedarkan diri?
patutkah aku?

kata-kataku di atas seperti mahu menyindir seseorang
tapi bukan itu niatku disini
hanya mahu saling mengingati satu sama lain
aku tidak mengatakan bahawa aku ini terbaik
aku juga insan seperti mereka
tidak pernah terlepas dari kesilapan

tapi kita mesti ada masa
masa untuk kita merenung
apakah kita berdiri sama tegak dengan yang lain??
kalau ya,baguslah
jika tak, perlulah kita mengubahnya.....