kalau kita ada kelebihan
tak perlu lah kita mendabik dada
kalau kita ada kekuatan
tak kan semestinya semua akan kalah dengan kita
kalau kita kaya
percayalah tak semua benda kita akan mampu beli
kalau rasa kita bagus
akan ada yang lagi bagus dari kita
dan
tak perlu nak bongkak dengan kelebihan,kekuatan,dan kekayaan orang lain,
sebab itu semua bukan hak kita
kita hanya menumpang atas dasar kemanusian
kau dan dia ada pertalian
tak semestinya hak dia hak engkau
kau harus sedar bahawa kau hanya menumpang
sedarlah manusia
jangan bongkak dengan kelebihan orang lain
jangan bangga dengan kekuatan orang lain
jangan megah dengan kekayaan orang lain
semua itu bukan milik engkau
aku..
sedih,pilu dan sayu
mendengar suara-suara ketidakpuas hati sekalian manusia
melemparkan cacian dan makian dibelakangmu
aku tidak mampu untuk menghalang
kerana apa yang di lontar
memang patut di sambut dengan rela
bukan tidak pernah aku membalingnya semula
tapi untuk apa?
perlu aku bantu orang yang tak sedarkan diri?
patutkah aku?
kata-kataku di atas seperti mahu menyindir seseorang
tapi bukan itu niatku disini
hanya mahu saling mengingati satu sama lain
aku tidak mengatakan bahawa aku ini terbaik
aku juga insan seperti mereka
tidak pernah terlepas dari kesilapan
tapi kita mesti ada masa
masa untuk kita merenung
apakah kita berdiri sama tegak dengan yang lain??
kalau ya,baguslah
jika tak, perlulah kita mengubahnya.....
patutkah aku?
kata-kataku di atas seperti mahu menyindir seseorang
tapi bukan itu niatku disini
hanya mahu saling mengingati satu sama lain
aku tidak mengatakan bahawa aku ini terbaik
aku juga insan seperti mereka
tidak pernah terlepas dari kesilapan
tapi kita mesti ada masa
masa untuk kita merenung
apakah kita berdiri sama tegak dengan yang lain??
kalau ya,baguslah
jika tak, perlulah kita mengubahnya.....
No comments:
Post a Comment