kenapa mesti begitu?
tak malu kah kita?
kenapa mesti sesama kita?
kenapa tidak boleh duduk bersama?
bergelak ketawa
bukan itu yang lagi indah?
kenapa mahu bermusuhan?
kenapa perlu mengaibkan sesama sendiri?
engkau bukan seperti kami
kami hanya akar
berada di bawah untuk mengukuhkan kamu
kenapa perlu menindas kami?
kami tidak akan bersuara jika semuanya benar
takkan pula kami nak bersuara jika semuanya dusta?
kita ada akal fikiran
gunakanlah sebaik-baiknya
jika kita berada di atas
jangan kita terlalu megah
kita kena ingat
bahawa siapalah kita jika bukan mereka yang di bawah
belajarlah untuk duduk semeja
belajarlah untuk menerima
janganlah lupa amanah Nya
kerana ia akan di kira di sana.
aku tidak mahu menjadi penumpang di bumi sendiri
tanah ini milik kita
kita yang menumpangkan mereka
janganlah sampai tergadai di tanah sendiri
No comments:
Post a Comment