Monday, 3 June 2013

Engkau siapa?
aku siapa?
tak perlu nak buka dada
engkau tak sebesar mana

kenapa perlu ramai?
kenapa tidak engkau seorang?
takutkah? 
atau engkau memang seorang pengecut?

kuasa yang ada pada engkau x sekuat mana
ada yang lagi kuat dari engkau
engkau terlalu mendabik dada dengan kekuatan sementara kau itu
sedarlah wahai manusia berhidung tinggi

kecewa aku 
malu aku
engkau dan aku tiada beza
kita sebangsa

dahulunya kita gah
kenapa sekarang mesti mahu berpecah?
masing-masing mahu menunjuk kekuatan?
kekuatan apa? 
atau semata-mata mahu memenuhi kemahuan?

jangan tamak manusia
jangan tamak!
tiada harta yang engkau boleh bawa ke kubur
semua itu hanya ihsan daripada-Nya

bersyukurlah 
engkau sepatutnya membantu
bukannya menghumbankan batu 
ke kepala kami

sementara masih ada waktu
sementara engkau masih bisa melihat dunia
gunakanlah kekuasaan dan kekuatan sementaramu
untuk kepentingan anak bangsamu,

No comments:

Post a Comment